STAR hasrat bertanding di kerusi Senadin, Piasau dan Pujut: Lina 0 6070

MIRI: Parti Reformasi Sarawak (STAR) menyatakan hasrat mahu bertanding di kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin, Piasau dan Pujut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya, Lina Soo mendedahkan pihaknya kini bergerak peringkat akar umbi, bertemu rakyat mendapatkan maklum balas dan maklumat lanjut mengenai calon-calon boleh disenarai pendek dan seterusnya diketengahkan.

“Calon-calon ini sama ada lelaki ataupun wanita, muda atau tua begitu juga sama ada berpendidikan tinggi atau sebaliknya yang penting memiliki hati dan semangat mahu berjuang untuk rakyat,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sementara itu, STAR juga berminat mengintai dua kerusi di Bintulu iaitu DUN Tanjung Batu dan Kidurong serta tiga kerusi di Sibu iaitu DUN Pelawan, Bukit Assek dan Nangka.

Lina turut mengumumkan parti itu menyokong bekas ADUN Pujut, Fong Pau Teck bertanding semula merebut kerusi Pujut pada PRN akan datang.

“STAR melihat Fong bekerja keras peringkat bawah, turun padang bertemu rakyat dan semasa beliau menjadi wakil rakyat, beliau bekerja keras dan sekarang meskipun bukan lagi wakil rakyat namun beliau sentiasa bekerja keras dan berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung STAR, Simon Tiong berkata penting bagi parti-parti politik di Sarawak bekerjasama mencapai kemenangan dan membentuk benteng kuat bagi menentang parti ‘luar’ Semenanjung Malaysia bertapak di sini.

“Kami sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak-pihak lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga aktivis-aktivis selagi kita dapat mencapai matlamat melindungi Sarawak,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden STAR, Hugh Lawrence Zehnder, Penolong Setiausahanya, Patrick Teo, Fong Pau Teck serta ahli-ahli yang lain.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13487

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8147

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news