Suami isteri miliki dadah direman 6 hari di Limbang 0 5926

Limbang – Sepasang suami isteri didapati memiliki dadah yang disimpan di rumahnya di Taman Damai, Jalan Limpaki di sini direman enam hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Bukhori Saffiai berkata, perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Pegawai Pentadbir Sarawak, Racha Balang di Mahkamah Limbang sebentar tadi.

“Pasangan berusia 32 dan 33 tahun itu merupakan penjawat awam ditahan selepas kediaman mereka diserbu polis pukul 1.55 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan di dapur rumah itu menemukan satu plastik hitam yang mengandungi 15 peket plastik lutsinar pelbagai saiz dan 21 tiub straw berisi ketulan kristal disyaki syabu,” katanya.

Tambahnya, syabu itu dianggarkan seberat 37.17 gram membabitkan nilai sebanyak RM5,550.

“Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13543

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news