Sudahlah mungkiri janji, kerajaan ketatkan pula syarat PTPTN – Datuk Lokman Noor Adam 0 5582

KUALA LUMPUR 2 Jun – Sebelum memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan menawarkan banyak janji menerusi manifestonya terutama bagi meraih sokongan golongan muda termasuk penangguhan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam gaji kurang daripada RM4,000.

Namun begitu, janji tersebut dilihat umpama tin kosong sahaja apabila sepanjang tiga minggu mentadbir negara, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja didakwa memungkiri janji sendiri, malah mengetatkan pula syarat pinjaman PTPTN.

Hal tersebut dibangkitkan oleh Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam yang menyeru golongan muda supaya segera bangkit mempertahankan hak masing-masing dan tidak membiarkan satu persatu janji terbiar begitu sahaja.

Katanya dalam rakaman video berdurasi lebih dua minit itu, PTPTN yang telah diwujudkan pada tahun 1997 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa memegang jawatan Menteri Pendidikan merupakan usaha murni bagi membantu semua golongan muda melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

“Sepertimana kita tahu PH telah kemukakan banyak janji, (namun) sepanjang tempoh 21 hari ini, berpuluh janji mereka mungkiri (termasuk) janjikan anak-anak kita yang ada pinjaman PTPTN belum dapat pendapatan lebih RM4,000 tidak perlu bayar pinjaman tersebut.

“Namun, lepas sahaja menang PRU-14, (Ahli Parlimen Muar), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri menyatakan mereka (peminjam) perlu membayar jika berkemampuan. Ini jelas tunjukkan PH mungkiri janji.

“Hari ini juga saya terima pesanan seorang sahabat dari Pulau Pinang mengatakan sudah ada satu syarat baharu untuk sesiapa yang mahu meminjam PTPTN iaitu ibu bapanya mestilah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ini satu syarat yang tiada semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), kenapa tiba-tiba sahaja diperketatkan syarat?,” katanya dalam video tersebut. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15418

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news