SWAT selamatkan Orang Belanda cedera di Taman Negara Bako 0 5771

KUCHING: Pasukan Tindakan Cepat HidupanLiar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) hari ini menyelamatkan seekor monyetproboscis atau ‘Orang Belanda’ yang ekornya hampir putus di Taman Negara Bako dekat sini.

Pegawai Hidupan Liar SFC, Christopher Kri Ubang berkata monyet  jantan itu dikesan mengalami kecederaan sejak kira-kira seminggu lalu di taman negara yang dibuka pada tahun 1957 dan terletak kira-kira 37 kilometer dari bandar raya Kuching.Katanya, sebaik dimaklumkan tentang  kecederaan dialami monyet itu, tiga anggota SWAT SFC dibantu dua kakitangan Pusat Hidupan Liar Matang serta beberapa kakitangan Taman Negara Bako bertindak memantau keadaan monyet itu sejak semalam sebelum menangkapnya pagi tadi.

“Kita dapat laporan menyatakan monyet proboscis ini cedera di bahagian ekor dipercayai akibat pergaduhan kerana terdapat kesan ‘gigitan’.

“Akibat kecederaan itu Orang Belanda ini dilihat mengasingkan diri daripada kumpulanbesar monyet-monyet proboscis lain. Berikutan itu kita jalankan operasi menyelamat dan berjaya menangkapnya kira-kira 10 pagi tadi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Terminal Bot, Taman Negara Bako.

Kri yang mengetuai operasi menyelamat itu berkata monyet itu akan dihantar untuk rawatan di Pusat Hidupan Liar Matang sebelum dilepaskan semula ke Taman Negara Bako sebaik sembuh.

“Kita sering membuat operasi menyelamat khususnya haiwan dilindungi seperti monyet proboscis ini yang merupakan spesies monyet yang jarang ditemui dan hanya terdapat di Borneo,” katanya.

Ditubuhkan pada 2013, SWAT SFC sering mengendalikan operasi penakaian dan pemindahan buaya, menyelamat hidupan liar, menyelesaikan konflik manusia-hidupan liar di kawasan yang dilanda konflik dan membantu Jabatan Hutan Sarawak dalam tugas penguatkuasaan, jika perlu. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15335

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8409

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news