Teman wanita hina burungnya kecil, lelaki kecewa potong zakar sendiri 0 5756

GUANGZGHOU: Pelajar kolej di China dilapor mencederakan dirinya selepas teman wanitanya memutus meninggalkannya dengan alasan dia mempunyai alat sulit yang “terlalu kecil”.

Menurut laporan Shanghaiist.com pada Khamis, khabar angin liar di WeChat tersebar bahawa pelajar kolej Guangzhou cuba memotong alat sulitnya sendiri selepas kecewa ditinggalkan teman wanitanya itu.

Video dan gambar kejadian tersebut beredar di media sosial China yang menunjukkan lelaki muda tenang berbaju-T tanpa seluar, berjalan di sekitar kampus Kolej Guangdong Peizheng di Guangzhou dengan darah kering melekat di kakinya.

Pihak kolej mengeluarkan kenyataan ringkas mengesahkan pada Selasa lepas, sekitar 2 petang seorang pelajar mencederakan diri di bilik asramanya.

Pentadbir kolej segera mengejarkan pelajar terbabit ke hospital selepas menerima laporan berkaitan insiden tersebut.

Pelajar tersebut digambarkan dalam keadaan tenang.

Pihak kolej turut menggesa rakan pelajar tidak mengedarkan foto, video atau khabar angin berkaitan insiden itu, namun gosip dalam talian sudah tidak dapat dibendung lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news