Adik Rapi perokok tegar 0 5652

RAPI akan mengamuk mengamuk sekiranya cuba menghentikan tabiat buruk itu, kata ibunya Maryati. FOTO YouTube The Sun

KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun dari Jawa Barat, Indonesia sudah pun menjadi perokok tegar apabila dikatakan menghisap dua kotak rokok sehari.

Media melaporkan, Rapi Ananda Pamungka mula ketagih rokok sejak sebulan lalu selepas dia mengambil puntung yang ditemuinya di lantai.

Dia kemudian meniru kelakuan perokok dewasa yang dilihat di sekelilingnya.
The Sun melaporkan, ibunya Maryati, 35, berkata, anaknya mengamuk sekiranya dia cuba menghentikan tabiat buruk itu.

β€œAnak saya merokok sejak lebih kurang sebulan lalu. Jika saya tidak membeli rokok untuknya, dia mengamuk. Baru-baru ini, dia meminta untuk ke kedai kopi dan merokok sambil menghirup kopi.

β€œJika dia tidak dapat merokok, dia tidak dapat tidur. Anak saya akan mengamuk dan menangis. Harga rokok mahal tetapi kami perlu beli untuknya. Dia gemar merokok sepanjang hari dan boleh menghisap 40 rokok sehari,” katanya- HARIAN METRO

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13429

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news