Terkini: Rabies catat kematian mangsa ke-11 di Sarawak 0 5718

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 17 Ogos 2018 yang melaporkan mengenai seorang lelaki berumur 49 tahun dari Sri Aman, Sarawak yang telah disahkan rabies dalam kalangan manusia.

Untuk makluman, pesakit tersebut telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2018 jam 3:57 pagi di Hospital Umum Sarawak (HUS). Punca kematiannya adalah Encephalitis Rabies. KKM mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Kematian baru kes rabies ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 11 dari 12 kes yang telah disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak; semenjak ia diisytiharkan wabak pada 30 Jun 2017; dengan kadar kematian 91.7 peratus.

Sementara itu, terdapat seorang lagi pesakit disyaki rabies yang telah dimasukkan ke wad HUS pada 16 Ogos 2018. Pesakit merupakan seorang lelaki berumur 44 tahun dari Jalan Matang, Kuching, Sarawak.

Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain,
Namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Januari 2018.

Ketika itu, pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan beliau. Dilaporkan bahawa anjing tersebut kemudiannya telah mati.

Pesakit tidak mendapatkan sebarang rawatan walaupun telah membawa isteri beliau ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi. Lelaki tersebut mula mengalami sakit di tangan kanannya pada awal Ogos 2018 dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos 2018.

Keadaannya bertambah teruk sejak 11 Ogos 2018 dan mengalami gejala kebas dan lemah tangan kanan, tidak boleh bergerak, ketegangan di leher dan hidrofobia.

Beliau telah dibawa ke Unit Kecemasan HUS untuk mendapatkan rawatan pada 16 Ogos 2018. Ujian ke atas sampel klinikal dijalankan untuk mengesahkan punca dan penyakit yang dihidapi.

Untuk makluman, buat masa ini isteri kepada pesakit berada dalam keadaan sihat.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13449

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news