Tiada kenaikan harga dikesan di Sarawak – KPDNKK 0 5828

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak tidak mengesan kenaikan harga barangan termasuk juadah di bazar Ramadan sehingga hari ini.

Menurut Timbalan Pengarahnya, Md. Nawawi Ab. Rahman, pemeriksaan tersebut dijalankan setiap hari termasuk pada cuti umum oleh 200 pegawai penguat kuasa dan 179 pegawai pemantau harga di lapangan bagi memastikan tiada kenaikan harga.

“Setiap hari 238 jenis barangan dipantau yang didapati hanya berlaku sedikit kenaikan iaitu tidak lebih 10 peratus pada barang fleksibel bergantung pada penawaran dan permintaan.

“Sehingga 24 Mei lalu, 83 kategori barang basah naik sedikit sebaliknya 111 barang lain didapati turun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Lawatan Pemeriksaan Bazar Ramadan 2018 di Kota Sentosa sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu (Gapema), Nawawi@Narawie Ibrahim dan Pembantu Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Hisham Jos.

Sebanyak 2,965 premis di bazar Ramadan diperiksa namun tiada sebarang aduan dan kes dilaporkan di negeri ini sejak 17 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Md. Nawawi yang juga Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak, memberitahu, pihaknya menjalankan penguatkuasaan seimbang dengan lebih tertumpu memberi amaran kepada peniaga yang melakukan kesalahan.

“Bagaimanapun, peniaga yang melakukan kesalahan berulang akan diambil tindakan tegas.

“Sepanjang Januari hingga 25 Mei lalu, sebanyak 183 kes dengan nilai rampasan RM324,016.70 dan kompaun berjumlah RM20,000 yang kebanyakan melibatkan Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Timbang dan Sukat 1972,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pemantauan harga akan dipertingkatkan lagi pada musim perayaan Gawai yang disambut 1 Jun nanti malah kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula dikenakan sifar peratus.

Katanya, bilik gerakan KPDNKK Sarawak akan dibuka sehingga 10 malam disamping pertemuan dengan pemborong, pengilang dan peruncit untuk lihat dan membantu supaya kembalikan harga sewajarnya. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news