Aidilfitri: Bonus untuk penjawat awam, jumlah belum ditentukan 0 5509

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

“Kita akan bagi bonus, banyak mana tidak tau lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat  Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya dekat sini, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira 3 jam itu ialah Presiden PPBM yang juga Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden PPBM yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Anggota Parlimen Langkawi berkata sambutan Aidilfitri parti itu akan diadakan di Perak, dengan lokasinya akan ditetapkan kelak.

Dalam Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada 1.6 juta penjawat awam.

Sebanyak RM1,000 sudah dibayar pada Januari lepas manakala bakinya dijadualkan sebelum sambutan Aidilfitri. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13857

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8169

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news