Tiada sambutan 31 Ogos di Sarawak? Umpama menidakkan hari jadi suami, isteri – Jeniri Amir 1 5762

“Kontroversi 31 Ogos: umpama menidakkan hari jadi isteri atau suami sendiri dalam sebuah perkahwinan”.

Itu respon penganalisis politik UNIMAS, Dr Jeniri Amir apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Tan Sri James Jemut Masing berhubung pengecualian negeri Sarawak dalam sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

“Adakah ini yang mahu dilakukan selepas Malaysia Baharu. Menidakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos umpama menafikan tarikh lahir isteri atau suami kita sendiri dalam sebuah perkahwinan. Kita perlu memahami perkara ini dalam konteks sejarah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.

Ujar Jeniri, kenyataan James juga adalah isyarat sentimen rakyat Sarawak yang mahu diberikan layanan sama rata oleh kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Katanya, Sarawak sendiri mempunyai tiga tarikh bersejarah iaitu 22 Julai (Hari Penubuhan Sarawak), 31 Ogos (Hari Kebangsaan) dan 16 September sebagai Hari Malaysia.

“Ketiga-tiga tarikh ini sepatutnya tidak mempunyai masalah,” katanya. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Ada betulnya apa yg dijelaskan oleh Dr. Jeniri. Tarikh 31 Ogos 1957 adalah tarikh Tanah Melayu membentuk kerajaan sendiri sama seperti Sarawak pada 22 Julai 1963. Xsalah sekiranya rakyat Sarawak memberi penghormatan kpd negeri2 Semenanjung kerana itu tarikh istimewa mereka sdgkn kini tarikh 22 Julai diangkat martabatnya sbgi cuti umum Sarawak (terima kasih Tok Nan). Apa yg dilihat penting pd msa ini adlh usaha berterusan drpd big2 shots Kerajaan Negeri kita utk mengubah kandungan subjek sejarah yg digunapakai kementerian pendidikan skrg. Byk tarikh2 penting berkenaan Sarawak tidak diberi penekanan yg sama penting dgn sejarah2 Tanah Melayu. Apakah perjuangan menentang jajahan British oleh wira2 tempatan Sarawak xsehebat Dol Said, Dato Maharajalela, Dato Bahaman? Mgapakah ulasan pembentukan Kerajaan Persekutuan (TM, Sbh dn Swk) dlm bku sejarah xseperti ulasan dan gambaran peristiwa 31 Ogos 1957? Hal2 sebeginilah lebih penting dan dititik beratkan oleh org2 kehormat ini. Utk mengubah mindset generasi muda, kesedaran dan pendidikan amat utama sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13403

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news