Projek kereta nasional ketiga tak bercanggah dengan polisi kerajaan 0 5560

PARLIMEN l Projek kereta nasional ketiga tidak bercanggah dengan polisi kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking.

Beliau berkata ini kerana kerajaan akan meneruskan rancangan menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk mengurangkan kesesakan di samping menjadikan industri automotif lebih berdaya saing.

“Saya yakin dengan menggariskan polisi baharu dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, rakyat akan memilih menggunakan kemudahan awam yang lebih efektif,” katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang mempersoalkan rancangan kerajaan untuk melancarkan kereta nasional ketiga yang disifatkan bercanggah dengan polisi kerajaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar raya utama negara.

Menjawab soalan Rozman mengenai tarikh pelancaran kereta nasional itu, beliau berkata rancangan tersebut masih pada peringkat cadangan.

Leiking berkata jika pelancaran itu menjadi nyata, selain daripada insentif percukaian, insentif menarik lain akan diberikan kepada pengusaha mengikut polisi yang terkandung Dasar Automotif Nasional (NAP) 2018 yang akan diumum kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menjawab soalan Ahmad Amzad Hashim (PAS-Kuala Terengganu) yang mahu industri kereta nasional ketiga ditumpukan di Pantai Timur berbanding sebelah Pantai Barat sebelum ini, beliau berkata cadangan tersebut akan dipertimbangkan.

“Saya juga gembira jika industri ini ditumpu di kawasan Sabah dan Sarawak. Kita akan pertimbangkan supaya ia digalakkan di kawasan Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membayangkan untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada Jun lalu.

– Bernama

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13189

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news