KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia Tony Fernandes, mengumumkan penjualan tiket murah yang ditawarkan syarikat penerbangan tambang murah itu bersempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berlangsung 9 Mei depan.
“Tiket ke Sarawak pada 8 dan 9 Mei akan menjadi RM120 manakala bagi Sabah RM199. Ke semenanjug RM99,” kicau Tony di Twitter miliknya pada Khamis.
Sementara, tiket ke Johor Bharu pula akan mengikut paras harga yang sama dari Kuala Lumpur.
Difahamkan, harga tersebut ditawarkan bermula Isnin ini. –Sarawakvoice