Tragedi Pulang Gawai: Mangsa kedua, kanak-kanak 6 tahun yang karam di Nanga Entabai ditemui 0 5646

BINTANGOR: Mayat kedua mangsa tragedi bot karam di Nanga Ensiring Entabai dekat Julau semalam berjaya ditemui hari ini.

Mayat kanak-kanak, Kevin Sama Markus, 6 tahun ditemui sekitar jam 7 pagi di Sungai Sepencur oleh penduduk rumah panjang yang melalui kawasan tersebut.

Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Nanga Entabai di sini sekitar 8.55 pagi.

Operasi mengesan seorang lagi mangsa iaitu ibu kanak-kanak terbabit, diteruskan hari ini yang telah memasuki hari kedua.

Komander Operasi, Nicholas Belulin berkata, pihaknya kini mengganda usaha mencari Ebeline Linty Kaya, 23 tahun yang masih hilang.

Dalam perkembangan sama katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Nanga Sayong Entabai Julau dan Nanga Ensiring Entabai Julau diteruskan secara bersepadu kerana ia merupakan laluan sungai yang sama.

“Ia dijalankan secara serentak bagi mencari mangsa kes bot karam pertama, Anjan Nyua, 66 tahun yang masih belum dijumpai,” katanya. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15421

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news