Tumpahan minyak punca lelaki maut, motosikal dirempuh Honda Civic di simpang Unimas 0 5619

KOTA SAMARAHAN: Permukaan jalan licin akibat tumpahan minyak mengundang padah apabila menjadi punca seorang lelaki menemui ajal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Unimas di sini, pagi tadi, selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis Honda Civic.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu, ketika mengesahkan nahas berkata, rempuhan terbabit menyebabkan mangsa mati serta-merta manakala rakannya, yang menunggang motosikal terbabit parah.

“Kejadian berlaku di Kilometer 11, Jalan Samarahan-Tabuan Jaya sekitar jam 9.20 pagi tadi.

Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Drus Anis, 52 tahun.

Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha sedang menuju ke Kota Samarahan dari arah Unigarden.

“Ketika melakukan pusingan U di lampu isyarat persimpangan Unimas, sebuah kereta jenis Honda Civic tiba-tiba meluru dari arah bertentangan, gagal dikawal lalu merempuh motosikal yang ditunggang mereka.

“Akibat rempuhan tersebut, pembonceng motosikal tersebut maut serta-merta manakala penunggangnya dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii memberitahu, pihaknya menerima maklumat tumpahan minyak di lokasi tersebut sebelum insiden tersebut.

“Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan telah memberi respons dengan mengatur gerak sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans ENRS serta sembilan anggota ke lokasi.

“Ketika operasi pembersihan sedang dilaksanakan, di kawasan sepanjang 50 meter dalam kawasan Unimas, nahas terbabit berlaku.

“Pasukan EMRS bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang cedera.

Mangsa katanya, diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak paramedik hospital.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk proses bedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar Alexson lagi. –Sarawakvoice

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news