Petani ditahan polis rogol anak saudara sendiri berusia 14 tahun di Lawas 0 5655

LAWAS: Seorang petani ditahan reman polis selepas disyaki berulang kali merogol dan mencabul anak saudara sendiri di sebuah lorong sunyi di kawasan Awat-Awat sejak tahun lepas.

Perbuatan lelaki berusia 62 tahun dari Kampung Meriting Sundar didedahkan gadis 14 tahun dengan menceritakan kepada ibu angkatnya lalu membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pelajar itu mengadu dicabul dan dirogol pakciknya berulang kali dan terakhir pada November tahun lepas.

“Perbuatan terkutuk itu dilakukan suspek setiapkali menghantar mangsa balik ke asrama sekolah setiap hari Ahad.

“Suspek dpercayai akan membawa mangsa ke simpang lorong sunyi di Kampung Awat-Awat dan bertindak merogol mangsa dalam kereta,” katanya.

Abang Zainal berkata susulan laporan dibuat ibu angkat mangsa jam 10.30 pagi semalam, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376  Kanun Keseksaan kerana merogol. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13401

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news