Untuk mudah masuk, Rafizi dinasihatkan kahwin orang Sarawak 0 6627

KUCHING: Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli telah menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg agar dibenarkan masuk ke Sarawak.

Dalam ‘tweet’ pada Khamis, Rafizi mendakwa beliau masih dalam senarai tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

“Saya pernah dinasihatkan pegawai Imigresen untuk kahwin orang Sarawak supaya ada alasan masuk Sarawak,” katanya dalam nada berseloroh sambil menambah “Saya ingat tulis surat lagi mudah hahaha.

“Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben gagal dihubungi bagi mengesahkan kedudukan Rafizi. Rafizi bakal bertanding dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali bagi merebut jawatan nombor dua PKR.

Beliau kini dalam program jelajah seluruh negara bagi meraih undi daripada ahli-ahli PKR. Pada Ahad ini, beliau dijadual akan berada di Kuching menerusi program#Reformasi 20 Tahun di Hotel Grand Continental pada pukul 10 pagi.

Sementara itu, pada 24 Ogos lepas, Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin terpaksa akur dengan arahanlarangan masuk ke Sarawak.Beliau tiba di Lapangan Terbang Sibu bagi menghadiri program anjuran parti tersebut di Sibu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news