Uruguay ungguli Kumpulan A, Arab Saudi benam Mesir 0 5605

MOSCOW – Pasukan Uruguay mengesahkan kenapa mereka wajar dilabel selaku antara pasukan pilihan pada kempen Piala Dunia 2018 apabila muncul sebagai juara Kumpulan A dengan menewaskan skuad tuan rumah, Rusia 3-0 di Arena Samara sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, jaguh Amerika Selatan itu tidak menunggu lama untuk mencari gol pembukaan apabila penyerang sensasi, Luis Suarez bijak menyudahkan sepakan percuma yang mengelirukan penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev pada minit ke-10.

Enggan berhenti setakat itu, skuad kendalian Oscar Tabarez terus mengasak pasukan tuan rumah dan memperoleh gol kedua pada minit ke-24 hasil jaringan sendiri pemain Rusia, Denis Cheryshev.

Tekanan Rusia semakin hebat apabila tonggak Igor Smolkinov diarahkan keluar padang pada minit ke-36 selepas menerima dua layangan kad kuning dalam tempoh tujuh minit.

Uruguay berhasrat untuk ‘berpesta’ jaringan namun hanya mampu menambah satu gol pada babak kedua menerusi Edinson Cavani untuk memastikan pasukannya bergelar juara Kumpulan A. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, Arab Saudi mengejutkan Mesir dengan keputusan 2-1 yang menyaksikan penjaga gol serta kapten pasukan Mesir, Essam El-Hadary yang muncul sebagai pemain tertua bermain di Piala Dunia menyelamatkan sepakan penalti pada babak pertama.

Pada perlawanan itu, Mesir terlebih dahulu meraih jaringan menerusi ayam tambatannya, Mohamed Salah yang bijak menewaskan barisan pertahanan Arab Saudi untuk gol pembukaan pada minit ke-22.

Arab Saudi berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-42 tetapi gagal disudahkan oleh Fahad Al-Muwallad.

Namun, wakil benua Asia itu sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-45 dan kali ini berjaya disudahkan oleh Salman Al-Faraj.

Arab Saudi akhirnya mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Salem Al Dawsari pada minit-minit akhir perlawanan untuk mengatasi Mesir 2-1. – Agensi

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15409

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news