Wan Junaidi: Saya bukan ahli politik bermusim 0 5515

KUCHING: Di sebalik segala teka-teki dan spekulasi bahawa beliau bakal digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bagai tidak kisah dengan semua itu.

Seperti biasa, beliau tetap meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Wan Junaidi terkenal sebagai wakil rakyat yang gigih, rajin dan sentiasa turun padang.

Pemimpin yang lantang dan tegas ini berbuat demikian kerana percaya bahawa kepentingan rakyat harus sentiasa diutamakan.

“Saya bukan ahli politik bermusim,” katanya sambil menegaskan kepentingan dan kebajikan rakyat perlu sentiasa diberi perhatian sepanjang masa.

Foto : Page Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar BN Sarawak

 

“Segala perkara berkaitan rakyat hendaklah diberi perhatian berterusan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan mesra di Kampung Selipar Putus dan Flat Tabuan Park di sini, semalam.

Ketika ditemui Sarawak Voice dua minggu lalu, beliau menyerahkan nasibnya kepada pucuk pimpinan parti, dan telah bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 16 Mac lalu.

“Terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menilai prestasi saya,” kata lulusan undang-undang itu.

Beliau mengakui bahawa jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU-14 pada 9 Mei ini.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Wan Junaidi semakin ligat turun ke padang, dan sentiasa menekankan beliau masih sihat dan mampu untuk terus mewakili Parlimen Santubong. –Sarawakvoice 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13485

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8146

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news