MIRI: Seorang lelaki ditangkap polis di Rumah Jarau Long Tabing, Tinjar dekat sini petang kelmarin kerana disyaki mendatangkan kecederaan terhadap isterinya baru-baru ini.
Suspek yang berusia 29 tahun ditangkap kira-kira jam 1.30 petang oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Marudi.
Ketua Polis Daerah Marudi DSP Gabriel Risut berkata, tangkapan terhadap suspek dibuat susulan laporan polis dibuat isterinya yang berusia 37 tahun.
“Suspek dipercayai memukul isterinya dengan menumbuk bahagian mata kanan, pinggang kiri dan paha kanan.
“Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek berang terhadap isterinya yang menggunakan kredit telefon bimbitnya sehingga habis,” katanya dalam kenyataan disini semalam. -Utusan Borneo Online
-Foto Hanya Hiasan-