Wanita maut setelah terjun dari hotel, setelah cuba lari daripada serbuan Polis 0 5493

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri, Sarawak untuk tujuan bedah siasat.

MIRI – Seorang wanita maut setelah terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Airport semasa serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Miri pada pukul 8.55 malam semalam.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, ketika serbuan dilakukan, wanita tempatan berumur 31 tahun yang juga seorang penganggur itu berada di dalam sebuah bilik di premis tersebut bersama seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

“Semasa polis menjalankan pemeriksaan di dalam bilik, tiba-tiba mangsa bertindak melarikan diri ke arah balkoni sebelum jatuh ke bawah lobi hotel dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Meng Seah berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan, polis menjumpai satu peket plastik berwarna biru berisi ketulan dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat 1.15 gram dan suspek lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mangsa yang maut patah kedua-dua pergelangan tangan, kaki serta cedera pada belakang kepala di hantar ke Hospital Miri. Semakan polis mendapati mangsa pernah ditangkap berhubung kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan (kesalahan memindah dan menghapus harta curi) dan waran tangkap telah dikeluarkan kerana tidak hadir ke mahkamah Miri,” katanya tanpa mendedahkan nama mangsa yang maut itu. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13406

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news