Zahid: Laporan PBB keluar BN di luar pengetahuan saya 0 5488

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan yang mendakwa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak telah meninggalkan BN adalah di luar pengetahuannya.

“Malah saya tidak bertemu dengan Datuk Patinggi Ketua Menteri (Abang Johari Openg) dan merayu agar PBB tidak meninggalkan BN, seperti yang dilaporkan.

“Namun saya amat menghormati dan mengalu-alukan pendirian PBB dan parti-parti komponen BN Sarawak yang berhasrat menjalin hubungan kerjasama antara kerajaan negeri Sarawak dengan kepimpinan kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, PBB Sarawak melaporkan bahawa parti itu bakal menilai semula kedudukannya dalam BN selepas kekalahan teruk parti komponen tersebut pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

PBB memiliki 13 kerusi parlimen dan jika mereka bertindak keluar BN ini sekaligus melemahkan parti komponen tersebut.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, BN sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka bagi menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN untuk mengambil langkah yang sama demi kepentingan negeri dan rakyat.

“BN sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN untuk mengambil langkah yang sama demi kepentingan negeri dan rakyat.

“Dengan kenyataan ini diharap tidak ada pihak yang melaporkan berita secara serkap jarang dan kurang profesional,” katanya.

Portal The Malaysian Insight hari ini melaporkan PBB yang merupakan parti pemerintah Sarawak tetap dengan keputusan keluar daripada BN dan akan menyebabkan kerusi parlimen BN berkurang lagi 13 kepada 66. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13452

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8141

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news