54 hantu judi dicekup, polis turut rampas wang tunai RM17,898 minggu lalu – Dev Kumar 0 5711

KUCHING: Tidak pernah serik, itu yang boleh diterjemahkan terhadap 54 hantu judi di negeri ini.

Sepanjang minggu lalu, kesemua mereka dicekup polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian di 14 daerah tadbiran polis di negeri ini.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua mereka diberkas dalam 40 serbuan polis Sarawak sejak 5 Mac lalu hingga semalam.

“Termasuk lima warga asing, mereka yang ditahan kesemuanya berusia antara 16 hingga 52 tahun,” katanya lagi.

Jelas Dev, daripada 40 serbuan, 34 operasi dilakukan di premis loteri haram, lima di pusat judi dalam talian, manakala satu lagi di tempat judi terbuka.

“Pihak kita turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti itu selain wang tunai sebanyak RM17,898.

Kesemua serbuan dilakukan di daerah tadbiran polis di Kuching, Simunjan, Miri, Sibu, Kota Samarahan, Serian, Bintulu, Padawan, Mukah,Meradong, Sri Aman, Bau dan Julau.

Individu terbabit katanya, kini ditahan reman dan sedang disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13191

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news