LONDON: Jika Liverpool mencipta kejutan dengan mengetepikan Manchester City untuk gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), trofi perak bakal dirangkul mereka buat kalinya pertama itu sejak 29 tahun lalu bukanlah yang asal sebaliknya sekadar replika.
Memandangkan perlawanan terakhir liga berlangsung secara serentak, trofi replika bakal tersedia di Anfield sekiranya anak buah Jurgen Klopp berjaya muncul sebagai juara.
Trofi replika sering digunakan oleh EPL khususnya di studio televisyen dan jelajah promosi. Trofi asal yang ketika ini berada di Stadium Etihad sejak tahun lalu akan dibawa ke Brighton, Ahad ini.
Pingat bagi pemenang liga juga disediakan di kedua-dua stadium dan pemain yang beraksi sekurang-kurangnya dalam lima perlawanan layak untuk menerimanya.
Liverpool muncul juara liga sebanyak 18, kali namun kali terakhir adalah pada 1990 iaitu sebelum EPL diperkenalkan. – Reuters