Ribuan hadir majlis Gawai Raya Sibu, cermin sokongan kuat kepada GPS – Dr Anuar 0 5969

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Dr Annuar Rapa’ee menyifatkan kehadiran ramai warga Sibu ke Majlis Ramah Tamah Gawai Raya Bahagian Sibu 2019 di Taman Selera Harmoni malam tadi meskipun hujan lebat menunjukkan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap kuat.

Malah, katanya, majlis yang turut dihadiri pemimpin nombor satu negeri ini iaitu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg juga menunjukkan GPS sangat disenangi rakyat di bawah kepimpinan beliau.

“Hujan lebat sejak dari lewat petang tadi (Rabu) seolah-olah tidak menghalang orang ramai datang ke sini meredah lalu-lintas yang sesak semata-mata mahu bersama GPS dan Abang Johari pada majlis ini.

“Inilah sikap dan semangat kita yang sangat sayang akan parti tempatan yang diketuai oleh anak Sarawak sendiri dan ia harus dikekalkan sokongan sebegini,” ujarnya ketika berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, isteri Abang Johari Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Bintulu Dato Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof serta kenamaan lain.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka memberitahu, kehadiran kira-kira 3,000 penduduk Sibu juga menunjukkan sokongan mereka tidak berbelah bagi kepada Abang Johari amnya GPS.

“Semangat ini harus kita kekalkan dan kita harus bersatu padu dalam apa perjuangan kita demi rakyat dan negeri ini.

“Keharmonian dari pelbagai kaum dan agama pada malam ini harus kita pertahankan bagi membina negeri yang makmur dan aman damai,” tegasnya lagi.

Bercakap mengenai majlis yang dianjurkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari lima cawangannya di sini, beliau berkata, perayaan di negeri ini harus diraikan bersama dengan semangat perpaduan dan keharmonian.

Jelasnya, setiap masa depan dan perancangan negeri ini harus ditentukan oleh anak jati Sarawak sendiri dan tidak memerlukan orang luar untuk mentadbir negeri ini.

“Hanya orang Sarawak sahaja tahu, apa kekurangan dan keperluan kita di negeri ini.

“Rakyat Sarawak harus bersatu dan menunjukkan imej seperti ini kepada orang luar khususnya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Dr Annuar mengajak rakyat di sini agar terus menyokong kepimpinan Abang Johari dan bekerjasama dalam menuntut hak-hak yang terhakis sebelum ini.

“Tiada jalan lain untuk kita mendapatkan hak berkenaan selain dari menyokong GPS dan kepimpinan Abang Johari,” tambahnya lagi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news