SIBU: Seorang wanita nekad menggunakan kudrat yang ada terjun dari tingkat satu sebuah bangunan di sini selepas dikurung dan dirogol seorang lelaki.
Mangsa bertindak berani sedemikian kerana dipercayai ingin melolos diri, bimbang suspek mengulangi perbuatan terkutuk itu di sebuah bilik sewa di Jalan Tan Sri.
Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, mangsa menyewa di tingkat satu keluar dari tandas apabila suspek bertindak menarik mangsa masuk ke dalam bilik sebelum mengikat dan merogolnya.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 22 tahun bagaimanapun berjaya ditangkap selepas cuba melarikan diri pada jam 11 pagi kelmarin. – SarawakVoice