Ronaldo terima anugerah Pemain Terbaik Serie A 0 6100

Ronaldo terpilih sebagai Pemain Terbaik Serie A musim lalu, beberapa jam sebelum Lionel Messi menerima anugerah Ballon d’Or buat kali keenam di Paris, pagi tadi.

Ronaldo mengelak hadir ke majlis anugerah Ballon d’Or, di Paris sebaliknya hadir ke majlis tahunan Grand Gala del Calcio di Milan untuk menerima pengiktirafan tertinggi buat Juve.

Dia menjaringkan 21 gol musim 2018-19 untuk membantu Bianconeri meraih gelaran Scudetto kali kelapan dan muisim ini sudah meledak enam gol dalam 11 penampilan meskipun berdepan kecederaan beberapa minggu kebelakangan ini.

“Ini detik sangat membanggakan dapat memenangi anugerah ini,” kata Ronaldo sejurus menerimnya yang sebelum ini dimenangi Mauro Icardi, 12 bulan lalu.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan di Juventus. Ini adalah tahun pertama saya di Serie A, liga yang sangat mencabar, saya sangat gembira. Terima kasih mengundi saya.

“Sekarang saya cuba mengulanginya untuk tahun depan.”

DARI kiri; pemain Atalanta, Josip Ilicic, penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan, Miralem Pjanic mempamerkan trofi yang dimenangi sebagai pemain tengah dan penyerang terbaik Serie A. – Foto AFP
Ronaldo kini bergelut dengan kecederaan lutut dan pernah naik angin apabila diketepikan ketika Juve melayan Lokomotiv Moscow dan Milan bulan lalu.

Bagaimanapun, Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici mengakui bintang antarabangsa Portugal itu – yang menduduki tangga ketiga terbaik Ballon d’Or di belakang Messi dan pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk – akan kekal di Turin selepas tamat kempen musim ini.

“Cakap-cakap (dia akan pindah) seperti ini membuatkan saya tersenyum kerana ia ada masalah lain sebenarnya.

“Tanpa diragui, dia akan kekal bersama Juventus musim depan,” kata Paratici kepada Sky Sport Italia. – Agensi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7768

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5383

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news