Bekalan barangan keperluan dalam negara mencukupi – Ismail Sabri 0 5642

Bekalan barangan keperluan dalam negara mencukupi – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Bekalan barangan secara keseluruhannya mencukupi dan berupaya untuk menampung keperluan dalam negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jaminan itu susulan tinjauan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meliputi 12 jenis bekalan barangan di 681 premis perniagaan termasuk 489 peruncit, pemborong (165) dan pengilang (27).

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga melakukan 1,382 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun hanya dua premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.

“Dalam tempoh PKPP, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai sentiasa mengamalkan kawalan kendiri, termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri, terutama dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas kerja sanitasi awam COVID-19, Ismail Sabri berkata sebanyak 11,209 operasi dijalankan merangkumi 137 zon, sejak 30 Mac lalu.

Beliau berkata, sebanyak 13,627 premis disanitasi terdiri 2,775 pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (1,633), tempat awam (2,690), pasar raya (354) dan bangunan kerajaan (6,175).

“Semalam, sebanyak 21 operasi sanitasi dilaksanakan membabitkan 10 negeri iaitu Sabah, Melaka, Selangor, Sarawak, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

“Operasi ini membabitkan 127 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT), selain 12 jentera milik JBPM,” katanya. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15389

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news