KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dari Jepun mendapat perhatian pengguna media sosial seluruh dunia kerana bukan sahaja wajahnya yang comel tetapi rambut yang lebat dan cantik.
Menggunakan nama @babychanco di Instagram, rata-rata pengikutnya kagum dengan rambut lebat yang jarang-jarang dapat dilihat oleh bayi seusia dia.
Sejak Mei tahun ini seramai 147,000 pengguna Instagram telah mengikuti laman tersebut.
Dalam catatan terbarunya, tiga jam yang lalu Chanco yang sedang minum susu mendapat 64,487 tontonan dan 530 komen.
Rata-rata pengikutnya, memuji bayi comel yang bermata besar dan berambut lebat itu.
Antara pengikutnya, @suttgreen berkata, dia adalah si manis! sangat cantik. Cinta baby Chanco. Suka rambutnya yang lebat. – UTUSAN ONLINE