Kes Najib mungkin dibicarakan di depan hakim baru 0 5554

EKSKLUSIF | Mungkinkah kes perbicaraan melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang berdepan tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa akan dipindahkan untuk didengar oleh hakim yang baru?

Hal itu dibangkitkan ekoran hakim yang ditugaskan untuk kes itu, Datuk Sophian Abdul Razak, merupakan adik kepada salah seorang exco Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.

Mohd Soffi ialah pemimpin Umno yang terpilih menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Benta, Pahang, selama lima penggal dan terpilih menjadi exco sebanyak empat kali.

Secara kebetulan Najib berasal dari Pahang dan kini menjadi ketua Umno Pekan. Beliau juga bekas presiden Umno.

Peguam Negara Tommy Thomas berkata beliau tidak mengetahui latar belakang Sophian ketika ditanya wartawan selepas Najib didakwa.

Presiden Badan Peguam Malaysia George Varughese kemudian membangkitkan isu itu dan menggesa hakim terbabit menarik diri daripada mendengar perbicaraan Najib.

Katanya langkah tersebut perlu diambil bagi memelihara integriti badan perundanga, selain mengelak sebarang kemungkinan berlaku pertimbangan berat sebelah.

Berikutan perkembangan itu Malaysiakini dimaklumkan Sophian dijadual dipindahkan ke bahagian lain mahkamah, berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Dua sumber berbeza memberitahu Malaysiakini hakim terbabit akan bertugas di bahagian komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali – yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada April 2015 dan disahkan tahun lalu – bakal bertugas di bahagian jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tarikh kuat kuasa pertukaran Mohd Nazlan juga bermula pada 1 Ogos.

Sebelum ini beliau bertugas di bahagian komersial mahkamah sama.

Mohd Nazlan, 51, ialah bekas pelajat Maktab Melayu Kuala Kangsar dan menyambung pendidikannya di Universiti Oxford.

Selepas bertugas sebagai peguam di firma Zaid Ibrahim & Co selama lima tahun, Mohd Nazlan berpindah ke Suruhanjaya Sekuriti dan mengetuai unit penguatkuasaan badan itu.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Unit Korporat dan Perkhidmatan Undang-undang Maybank, selain naib presiden eksekutif bank terbabit sebelum menyertai bidang perundangan.

Malaysiakini difahamkan pekeliling arahan perpidahan itu sudah dikeluarkan. Bagaimanapun untuk rekod bukan Mohd Nazlan dan Sophian saja yang terlibat.

Lazimnya pertukaran itu turut membabitkan hakim-hakim di bahagian atau negeri lain.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Mohd Nazlan akan ditugaskan mendengar perbicaraan Najib kerana pengurusan kes bekas perdana menteri itu ditetapkan pada 8 Ogos ini.

Namun sumber-sumber membayangkan memang Mohd Nazlan akan ditugaskan mendengar perbicaraan tersebut.

Setakat semalam semakan Malaysiakinimenunjukkan Sophian masih disenaraikan sebagai hakim yang akan mendengar perbicaraan ke atas Najib – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news