Sarawak henti keluarkan lesen pembalakan baharu 0 3152

Abang Johari Tun Openg – Foto Bernama

KUCHING – Kerajaan Sarawak akan menghentikan pengeluaran lesen pembalakan baharu dalam usaha mengawal penerokaan hutan yang pada masa ini merangkumi kawasan yang agak luas, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, hutan yang telah dibalak sukar untuk dipulihkan semula.

“Lebih buruk lagi kilang-kilang papan lapis yang beroperasi jauh di dalam hutan yang menggondolkan hutan dengan mengambil semua jenis tumbuhan, seolah-olah membersihkan hutan untuk penanaman kelapa sawit.

“Sehubungan itu, tiada lagi lesen baharu untuk perladangan kelapa sawit kecuali bagi tanah hak adat bumiputera,” katanya semasa menggulung pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha mengekang kegiatan pembalakan haram.

“Mereka bukan sahaja mencuri balak di kawasan yang tidak dilesenkan kepada mereka tetapi juga menceroboh kawasan hutan simpan.

“Jika dibiarkan, kita mungkin akan kehilangan hutan simpan, sama ada yang dilindungi sepenuhnya ataupun tidak,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15218

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news