KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menceriakan kem negara apabila memenangi pingat gangsa acara 10 meter (m) platform individu wanita dalam Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA 2018 di Wuhan, China, hari ini.
Pandelela, 25, mengutip 349.15 mata dalam lima terjunan pada aksi final yang berlangsung di Pusat Sukan Natatorium, Wuhan.
Pingat emas dan perak acara ini masing-masing milik penerjun tuan rumah iaitu Zhang Jiaqi dengan 427.30 mata dan Ren Qiang (403.85 mata).
Untuk rekod, hanya 12 penerjun terbaik layak mara ke final daripada 18 yang beraksi di pusingan separuh akhir. – Berita Harian Online