Uncle Robert kritikal selepas jatuh dari tempat parkir bertingkat di Jalan Wal Alwi 1 5759

KUCHING: Seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Robert di kalangan masyarakat tempatan, kini dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tempat letak kereta bertingkat di sebuah pusat beli belah di Jalan Wan Alwi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ng Ah Lek ketika dihubungi berkata, pasukan polis telah ke lokasi kejadian dan menemubual pihak keselamatan kompleks tersebut.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, mangsa terbaring di tempat masuk ke ruang letak kereta bawah tanahkatanya sambil menambah, tidak ada sebarang pergelutan berlaku.

“Mangsa dipercayai jatuh sendiri dari ketinggian lebih kurang 15 kaki,” katanya sambil menambah, barang kepunyaan mangsa iaitu sekaki payung turut ditemui di lokasi kejadian.

Mangsa yang mengalami pendarahan di bahagian kepala ditemui oleh orang awam dalam keadaan masih sedarkan diri.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak sekitar jam 4.45 petang untuk menerima rawatan lanjut.Ng berkata, lawatan ke hospital pada hari sama mendapati mangsa, yang cedera di bahagian belakang kepala dan luka di bahu, dalam keadaan koma dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Doktor turut mengesahkan terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Robert mengalami serangan jantung. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news