IRI: Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan menggunakan logo Harapan dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) sebagaimenandakan penyatuan antara parti komponen.
Setiausaha PH Sarawak, Alan Ling berkata, buat pertama kalinya, logo akan digunakan dalam kempen PRN yang dijangka diadakan dalam tempoh kurang tiga tahun lagi.
“Paling cepat kita menggunakan logo ini adalah untuk bertanding dalam PRN yang tempoh akhirnya adalah pada 2021 atau lebih awal dari itu, “ jelas beliau kepada pemberita, hari ini.
Ling percaya, PH akan mengukuhkan struktur organisasi dan koordinasi ke arah mewujudkan hubungan kerja lebih baik antara parti komponen.
Ia termasuk mengendalikan rangka kerja lebih teratur dan landasan efisyen untuk semua ahli.
“Fokus dan tugas utama kita adalah untuk mengembalikan hak-hak yang telahterhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” jelasnya.
Kuasa yang perlu dikembalikan melibatkan bidang perdagangan, cukai, pendidikan, sukan, perkhidmatan awam, kesihatan, keselamatan sosial, pembangunan infrastruktur, minyak dan gas serta pelancongan.
Ting berkata, dalam tempoh 100 hari, PH juga akan menubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet yang dianggotai wakil dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk memkuatkuasakan hak bawah MA63.
“Jawatankuasa juga melapor dan memberi cadangan untuk perlaksanaan efektif kepada kabinet dalam tempoh enam bulan,” tambahnya. – Utusan Borneo Online