KUCHING: Remaja berusia 15 tahun antara lima individu yang dijaring selepas terlibat dalam perjudian atas talian semalam.
Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Denis Leong Soon Kuai berkata, kesemua individu itu merupakan operator yang menjual kad tambah nilai judi atas talian.
“Turut ditahan seorang warga asing dan kesemua suspek berusia antara 15 hingga 40 tahun,” katanya.
Polis kata Dennis, turut merampas wang tunai RM2,249, empat unit telefon bimbit, komputer riba, slip pertaruhan dan peralatan lain.
Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. –Sarawakvoice