Shafie dijangka angkat sumpah ketua menteri Sabah malam ini 0 5664


Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-15 yang baharu malam ini.

Menurut sumber dari Istana Negeri, majlis akan berlangsung di Istana Negeri pada 9 malam.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), parti WARISAN pimpinan Mohd Shafie memenangi 21 kerusi manakala DAP dan PKR masing-masing memenangi enam dan dua kerusi.

Bagaimanapun kemenangan WARISAN, DAP serta PKR yang menjalinkan kerjasama belum membolehkan parti-parti itu membentuk kerajaan kerana jumlahnya hanya 29 kerusi, kurang dua kerusi untuk mencapai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Namun, tindakan enam ADUN daripada Barisan Nasional iaitu empat daripada Umno dan Upko (dua) menyertai blok pembangkang pimpinan WARISAN semalam mencukupi untuk membentuk kerajaan Sabah dengan majoriti mudah.

Pada 10 Mei lalu, Pengerusi BN negeri Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-14 untuk penggal keempat beliau selepas bekerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dengan majoriti mudah 31 kerusi.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi akan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baharu, di Istana Negeri, malam ini.

Mohd Shafie ketika ditemui pemberita di luar pekarangan kediamannya hari ini berkata pihaknya masih menunggu makluman daripada Istana Negeri.

“Saya tidak tahu, tunggu makluman istana,” katanya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news