KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata perpaduan yang kurang dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN) Negeri punca parti itu kehilangan tiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.
Katanya perkara itu dapat dilihat dengan jelas di kerusi Lubok Antu apabila calonnya Robert Pasang Alam kalah kepada calon Bebas Jugah Muyang dengan majoriti 1,059 undi.Calonnya yang juga penyandang kerusi Julau Datuk Joseph Salang Gandum tewas kepada seteru lama parti, Larry Sng yang bertanding menggunakan tiket Bebas.
PRS juga gagal mempertahankan Selangau apabila calon baharu diletakkan di situ Rita Insol kalah kepada Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian dengan majoriti tipis, 486 undi.“Saya fikir tiada keikhlasan dan rasa ‘ketulenan’ dalam kalangan parti komponen khasnya di Lubok Antu dan kurangnya perpaduan termasuk di Selangau.“Majoriti undi yang sedikit Baru disebabkan ‘demam’ dari Semenanjung Malaysia serta tiada keikhlasan dalam kalangan semua kita,” katanya ketika dihubungi semalam.
Masing yang juga timbalan ketua menteri bagaimanapun berkata parti akan melakukan ‘post-mortem’ dalam waktu terdekat ini.Tiga lagi kerusi diperuntukkan kepada PRS iaitu Sri Aman, Kanowit dan Hulu Rajang berjaya dipertahankan menerusi penyandang masing-masing.
Datuk Masir Kujat yang bertanding di Parlimen Sri Aman menewaskan dua pencabarnya Norina Umoi Utot (PKR) dan Cobbold John Lusoi (PBDSB) dengan majoriti 5,820 undi.Manakala Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) mengalahkan Satu Anchom (PKR) dengan majoriti 4,312 undi dan Datuk Ugak Kumbong (Hulu Rajang) menewaskan Abun Sui Anyit (PKR- Utusan Borneo Online