Sarawak tetap miliki suara yang kuat di Parlimen- Abang Johari 0 5595

KUCHING– Walaupun keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan jumlah kerusi Parlimen dimenangi Barisan Nasional (BN) Sarawak merosot berbanding PRU lepas, namun ia tetap menampakkan kemenangan buat BN Negeri.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari berkata jumlah itu menjadikan Sarawak tetap mempunyai ‘suara’ yang kuat di Parlimen.

Diitemui semasa hendak beredar meninggalkan Bilik Gerakan BN Negeri di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam ini. beliau berkata kemerosotan tersebut banyak berpunca daripada isu-isu nasional.

Menurut laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terkini, BN menang 18 kerusi, DAP enam, PKR empat, dan dua lagi kerusi dimenangi oleh calon Bebas, manakala keputusan satu lagi yakni kerusi Parlimen Baram masih belum diumumkan pemenangnya, walaupun keputusan tidak rasmi menunjukkan ia sudah dimenangi BN.

Angka itu menunjukkan perbezaan ketara berbanding keputusan PRU-13 pada 2013 menyaksikan BN memperoleh 25 kerusi, berbanding DAP lima dan PKR satu.

BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news