Polis berjaya tahan penyamun kedai serbaneka di Taman Malihah, Matang 0 5716

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit kegiatan samun awal pagi di sekitar daerah ini dan Padawan, sejak empat bulan lalu.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sebuah rumah di Taman Malihah, Matang, jam 1 tengah hari, 16 April lalu.

Ketua JSJ Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata suspek dipercayai bersama seorang rakannya yang masih bebas menyasarkan kedai serbaneka 24 jam sebagai lokasi untuk melakukan samun sejak 1 Januari lalu.

Katanya, suspek yang menggunakan pisau dan parang untuk menyamun biasanya akan melakukan jenayah itu antara jam 1 pagi hingga jam 6 pagi berikutan waktu itu sunyi di kebanyakan kawasan.

“Kes pertama yang dikesan dilakukan kumpulan ini adalah di kedai serbaneka di Pusat Komersial Stutong, jam 2.10 pagi, 1 Januari lalu dengan melarikan wang tunai RM450 dan pelbagai jenama rokok.

“Suspek akan mencederakan pekerja kedai serbaneka yang disamun jika mangsa ingkar arahan,” katanya, di sini, hari ini.

Dev berkata, susulan kejadian itu, polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek dan hasil siasatan lanjut, polis tidak menolak kemungkinan suspek melakukan 15 samun menggunakan modus operandi sama sepanjang Januari hingga bulan ini.

“Ujian air kencing ke atas suspek mendapati lelaki terbabit positif dadah manakala Honda EX5 yang dirampas menggunakan nombor pendaftaran palsu dipercayai dicuri.

“Polis masih giat mengesan seorang lagi suspek iaitu Mohd Hisham Meran, 24, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata,” katanya. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news