Trafik Petra Jaya lebih lancar, dengan siapnya jalan e-Mart, projek Bulatan Abg Kipali 0 5629

KUCHING: Jambatan baharu 320 meter menghubungkan simpang e-Mart Matang dengan Stutong dikenali sebagai Jambatan Tan Sri Dr Sulaiman Daud menelan kos RM145 juta.

Kewujudan jambatan ini melengkapi kemudahan dua jambatan sedia ada; Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub dan Jambatan Tun Abang Salahuddin menghubungkan Petra Jaya dengan bandar raya Kuching.

Ia merupakan laluan alternatif aliran trafik menuju pusat bandar dari Matang; memiliki jalan naik taraf empat lorong dua hala 1.5 kilometer dan jalan baharu empat lorong dua hala 2.9 kilometer, siap 19 April lepas dengan pembinaan bermula April 2015.

Kini dengan siapnya pula projek Bulatan Abang Kipali Abang Akip di Petra Jaya menelan kos RM67 juta pada Jun ini, kesesakan aliran trafik di Petra Jaya dijangka semakin dapat diminimumkan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengaku projek dibiayai kerajaan negeri bermula November 2015 berada di belakang jadual sekitar lebih empat bulan, kerana faktor cuaca dan sebab lain.

Bercakap selepas melawat tapak projek tiga tingkat yang bakal memberi manfaat kepada sekitar 400,000 pengguna, Fadillah berharap bahagian jalan atas projek tersebut siap awal agar dapat digunakan pada hari mengundi 9 Mei, mengelak berlaku kesesakan.

Fadillah yang juga penyandang Parlimen Petra Jaya berkata, projek ini apabila siap kelak tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan trafik, tetapi ia sebagai sebahagian daripada perancangan meminimunkan kesesakan di jalan raya kawasan Petra Jaya. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news