KUCHING: Legenda bola sepak Sarawak, Awang Mahyan Pengiran Mohammad hari ini dilantik secara rasmi sebagai Pengurus pasukan bola sepak Sarawak.
Pengumum ini dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais selesai perlawanan di antara pasukan Sarawak menentang pasukan UKM FC sebentar tadi.
Dalam aksi tersebut, Sarawak menang 2-1.
Awang Mahyan merupakan bekas Ketua Jurulatih pasukan bola sepak Sarawak dalam Piala Malaysia, menggantikan Mohamad Che Su.
Beliau yang mencipta slogan ‘Ngap Sayot’ untuk menyuntik semangat pasukan bola sepak negeri telah membawa pasukan ini berada di luar jangkaan, hingga menjadi pasukan yang amat digeruni.
Jurulatih legenda yang pada tahun lalu menerima pengiktirafan Persatuan Jurulatih Malaysia pernah terjun ke dalam Sungai Sarawak dari Jambatan Gantung sebagai membayar nazar setelah pasukan bimbingannya berjaya melangkah ke Separuh Akhir Piala Malaysia. –Sarawakvoice