Bapa Ngap Sayot, Awang Mahyan kembali beraksi bersama Sarawak FA 0 5955

KUCHING: Legenda bola sepak Sarawak, Awang Mahyan Pengiran Mohammad hari ini dilantik secara rasmi sebagai Pengurus pasukan bola sepak Sarawak.

Pengumum ini dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais selesai perlawanan di antara pasukan Sarawak menentang pasukan UKM FC sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, Sarawak menang 2-1.

Awang Mahyan merupakan bekas Ketua Jurulatih pasukan bola sepak Sarawak dalam Piala Malaysia, menggantikan Mohamad Che Su.

Beliau yang mencipta slogan ‘Ngap Sayot’ untuk menyuntik semangat pasukan bola sepak negeri telah membawa pasukan ini berada di luar jangkaan, hingga menjadi pasukan yang amat digeruni.

Jurulatih legenda yang pada tahun lalu menerima pengiktirafan Persatuan Jurulatih Malaysia pernah terjun ke dalam Sungai Sarawak dari Jambatan Gantung sebagai membayar nazar setelah pasukan bimbingannya berjaya melangkah ke Separuh Akhir Piala Malaysia. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13851

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8168

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news