KUCHING: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dihalang memasuki Sarawak hari ini.
Setiausaha Politik beliau, Mohd Azhar Mat Dali berkata Mat Sabu ditahan 9.30 pagi tadi setiba di Lapangan Terbang Kuching menghadiri mesyuarat parti dan ditahan ketika melalui pemeriksaan imigresen.
Sebelum ini, pada 22 Mac 2016 Mohamad pernah ditahan memasuki negeri ini pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, meskipun beliau berjaya menginjak kaki menghadrii satu program di Bintulu minggu lepas.
Mat Sabu kini dalam proses untuk dihantar pulang ke Semenanjung dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 1.30 petang ini.
Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi imigresen yang dapat menghalang individu warga luar memasuki kedua-dua negeri.
Pada PRN Sarawak 2016, selain Mohamad Sabu, beberapa ahli politik DAP tidak dibenarkan memasuki Sarawak antaranya Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua dan Teo Nie Ching.
Manakala, dari PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin dan Sim Sze Tsin turut dihalang memasuki Sarawak. –Sarawakvoice