Najib tiba untuk lawatan kerja 2 hari di Sarawak 0 5791

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Miri, di sini kira-kira jam 4 petang tadi bagi lawatan dua hari di Sarawak.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua MenterivDatuk Patinggi Abang Johari Tun Openg danTimbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Turut hadir, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, Residen Miri Sherrina Hussaini dan Datuk Bandar Miri Adam Yii.

Bacaan doa selamat setibanya Najib di Lapangan Terbang Miri, hari iniSejurus tiba, beliau kemudiannya bergerak ke Hotel Pullman Miri Waterfront bagi menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Seminar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Peringkat Negeri.

Selain itu, lawatan hari pertama beliau disusuli dengan Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Rakyat di Eastwood Valley Golf & Country Club kira-kira jam 8 malam ini.

Lawatan hari kedua esok, Najib dijadualkan untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Baram di Marudi, Majlis Pelancaran Penyerahan  Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun di Bakun dan Tinjauan Mesra ke Pusat Transformasi Luar Bandar dan Esplanade Bekenu sebelum bertolak pulang ke ibu negara. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13849

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8168

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news