Kotakan janji, Abg Johari umum LRT RM10.8 bilion beroperasi 2024 untuk sejuta warga Kuching Raya 0 5729

KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengotakan janjinya!
Dalam isu penurunan hak dari segi penguasaan dan pemilikan sumber minyak dan gas beliau memutuskan Sarawak melalui Petroleum Sarawak Berhad (Petros) memulakan operasi meneroka minyak dan gas di Miri bermula Julai ini.

Ini sekali gus memberi kuasa eksploitasi sumber penting ini kepada kerajaan negeri di bawah Senarai Negeri mengikut Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Abang Johari menegaskan syarikat yang mahu terlibat industri minyak dan gas di negeri ini memerlukan lesen dan permit, selain memenuhi syarat Ordinan Perlombongan Minyak atau Ordinan Agihan Gas.

Dahulu, pembantah Abang Johari bertanya mana hak Sarawak yang diperjuangkan Abang Johari?

Abang Johari dituduh membazir wang rakyat apabila menghantar rombongan peguam ke London untuk memurnikan tuntutan hak Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1963 (MA63).

Pembantah Kerjanya Membangkang

Pembantah ini menuding Abang Johari hanya omong kosong (hot air) dan melengahkan dapatan yang didakwa dimiliki rombongan peguam di London.

Sampai ada yang mahu Sarawak bertindak sepihak dan membelakangi Persekutuan — tidak mahu ding-dong kata mereka — menganggap kerja melibatkan undang-undang ini enteng sahaja seumpama membuat roti canai!

Apabila Abang Johari mengumumkan Petros berhak menjalankan “tugas”nya seperti yang digambarkan, pembantah ini menuding bahawa kerajaan negeri sudah melanggar akta Persekutuan termasuk Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA).

Silat berbalas silat, daripada cempedak baik nangka, daripada tidak baik ada!
Abang Johari menggunakan “benteng” bahawa sebarang perubahan Perlembagaan Malaysia melibatkan negeri tidak dibenarkan tanpa persetujuan kerajaan negeri melalui DUN.

Menutup mulut pembantah, Abang Johari menempelak, “mereka boleh saman saya jika saya salah. Tapi, saya mempunyai Perlembagaan (Persekutuan) yang dituruti.”
Klimaksnya dan mengunci mulut pembantah, Abang Johari mahu pembantah dan pembangkang termasuk komuniti perniagaan menyokong beliau sekiranya tindakan beliau betul.   LRT Mula Beroperasi 2024

Kini, mengotakan janjinya yang “satu lagi” dianggap sukup cemerlang bagi pemerintahan berusia setahun, Abang Johari mengumumkan cadangan projek binaan tiga laluan utama sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kuching yang bermula 2019 dan dijangka beroperasi 2024.

Projek LRT berkelajuan 70-140 kilometer sejam menelan kos hampir RM11 bilion ini sekali lagi meleraikan “hot air” yang dicanangkan pembangkang.

Mahu tak mahu, LRT dengan jarak jangkauan 40 hingga 800 kilometer, tiga gerabak dan mampu membawa sekitar 340 penumpang dalam satu-satu perjalanan ini, sekiranya ditunda sedekad lagi mampu menelan kos berganda, malah tiga kali ganda daripada harga dirancang pada masa kini.

Mungkin ada yang melihat besarnya angka RM11 bilion itu, tetapi perlu dipadankan dengan kos merangkumi pembinaan landasan, hentian dan stesen termasuk kos menyediakan tiga gerabak untuk operasi, ia bukanlah apa-apa berbanding kos berganda yang dicadangkan tadi.

Lihat Sejarah Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas — Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi

Sesiapa yang berkata, belum masanya bagi Kuching Raya — Kuching (700,000 warga) -Samarahan (110,000) -Serian (100,000) -Damai-Demak dengan penduduk termasuk pelancong lebih sejuta jiwa — memiliki sistem pengangkutan LRT, anda perlu melihat sejarah pembinaan Jambatan Pulau Pinang 1982-1985 menelan kos tidak sampai RM1 bilion.

Atau lihat sejarah pembinaan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
Kini ternyata bukan sahaja jambatan kedua Pulau Pinang RM2 bilion tidak mampu menampung keperluan semasa, bahkan laluan terowong pula hendak dibina.

Bayangkan berapakah harga Menara Berkembar Petronas itu sekiranya ia baharu hendak dibina bermula hari ini?

Jadi, jika anda bijak anda ada jawapannya, bukannya membebel membandingkan “kalau Kuching sudah ada jalan bagus mahu pula LRT, habis kami di luar bandar jalan pun tidak sempurna!”

Kenapa bandingkan sebuah New York dengan ladang gandum di pergunungan berlembah, kalau begitu cara berfikir, Amerika Syarikat pun tidak akan maju ke mana…

Ladang gandum di lembah atau sebuah pedalaman kita miliki keindahan dan kekayaannya yang tersendiri, ia memerlukan prasarananya yang tersendri dengan biru langit dan hijau buminya.

Benarlah kata ahli falsafah Schiller bahawa “Yang tidak berani melakukan apa-apa jangan mengharapkan apa-apa”.

Sarawak Negeri Tanpa Kereta Api, Kini Ada LRT

Paling penting keberanian dan tekad Abang Johari ini akan melakar sejarah penting bagi Sarawak kerana negeri ini yang tidak pernah memiliki sistem pengangkutan kereta api kecuali tinggalan penjajah yang sudah tidak lagi berfungsi.

Pembinaan sistem LRT ini sesungguhnya mencetuskan fenomena pengangkutan awam di Kuching-Serian-Samarahan, memperkukuh sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya Kuching serta memendekkan perjalanan penumpang.

Pada masa sama ia dapat meningkatkan keselamatan jalan raya dalam lingkungan Kuching Raya.

Menjana Peluang Perniagaan, Hartanah

Paling penting dengan wujudnya sistem pengangkutan LRT ini, mekanisme menjana peluang perniagaan turut meningkat sekali gus menawarkan peluang pekerjaan berdaya saing untuk penduduk setempat.

LRT itu Sarawak dapat membina lebih banyak kapasiti dalam bidang teknologi tinggi khasnya untuk graduan muda di negeri ini.

Dengan membuka lebih luas kawasan baharu dengan harga tanah lebih murah, membolehkan pembinaan rumah lebih bersepadu dan mampu milik bagi memperkukuh nilai hartanah di sepanjang laluan dan merangsang pembangunan berorientasikan transit.

Ramai pembantah mengatakan “siapa bilang rumah berharga RM250,000 hingga RM350,000 itu murah?” yang mahu dibina dan dijual di kawasan kawasan Pembangunan Berasaskan Transit (TOD).

Sememangnya harga yang dinyatakan itu memang tidak murah.

Siapa pula yang mengatakan mahu membina rumah murah di kawasan TOD?

Beza Rumah Mampu Milik Dengan Konsep Rumah Kos Murah

Setakat ini kerajaan merancang membina rumah mampu milik yang masih dikatakan lebih murah berharga sekitar RM250,000 berbanding di tempat lain di negara ini.

Pembantah perlu bijak membezakan harga rumah murah sekitar RM50,000 ke RM70,000 dan layak dibeli mengikut pendapatan individu termasuk rumah kos rendah.

Sekali lagi, jangan keliru memahami antara konsep rumah murah dengan rumah mampu milik, kerana gagal memahami terma ini menyebabkan anda dikhuatiri tidak mampu memiliki sebarang rumah pun kelak.

Kos Tambang Diserap Aktiviti Setempat Termasuk Ransangan Pembangunan Perumahan

Ramai bimbang dengan kos tambang yang mungkil mahal akibat kos pembinaan yang tinggi dengan kadar pengguna yang belum dipastikan sambutannya.

Bagaimanapun, operasi LRT ini dikenal pasti menggunakan sumber bahan api hidrogen yang mesra alam menjimatkan kos dan sesuai dengan inisiatif hijau negeri.
Sementara, sistem LRT dipastikan membantu merangsangkan industri pelancongan serta pelaburan ke bandar raya di negeri ini.

Mengambil kira operasi diperjelaskan di atas, dengan projek dibiayai Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan Sarawak Metro, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadikan operasi dan tambang LRT berpatutan kerana kosnya diserap oleh unsur terbabit termasuk oleh pembangunan hartanah.

Abang Johari memperjelas, tiga cara untuk mendapatkan pulangan kos modal ialah, menerusi kadar tambang dikenakan, melalui pembangunan hartanah di kawasan TOD dan kadar sewa dikenakan ke atas entiti komersial dalam kawasan TOD.

LRT Sepanjang 155.2 Kilometer 

Menurut beliau, kaedah ini mengambil model prinsip sistem LRT di Hong Kong serta beberapa negara lain.

Semua ini dilakukan demi meraslisasikan cita-cita Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030 dengan memiliki dahulu LRT sepanjang 155.2 kilometer.

Laluan Satu LRT Kota Samarahan-Damai melalui Sungai Batu sepanjang 62.4 kilometer mempunyai 28 stesen.

Laluan Dua Serian-Senari sepanjang 82 kilometer mempunyai 26 stesen melalui Siburan mempunyai stesen pertukaran dengan opsyen Kota Samarahan-Damai di Bulatan Simpang Tiga.

Sementara, Laluan Tiga sepanjang 10.8 kilometer pula akan menghubungkan 13 stesen. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news