Abang Jo umum laluan LRT, Khamis depan 0 5728

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan laluan aliran transit ringan (LRT) Sarawak pada Khamis depan.

Berucap di hadapan lebih 500 hadirin di Dataran Kota Sentosa, beliau mengulangi bahawa enjin lokomotif LRT itu kelak akan digerakkan menggunakan teknologi hidrogen.

“Ia akan meliputi dua laluan dari Kuching ke Serian,” katanya ketika berucap merasmikan ‘Harmony Nite’ anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di sini semalam.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Profesor Dr Sim Kui Hian.

“Saya sudah berjanji untuk mengumumkannya pada Mac dan saya tunaikan.

“Kalau orang sebelah sana mengatakan tindakan saya ini ‘hot air’, mana kata dialah…

“Yang penting saya ‘deliver’. Kita ‘deliver’,” katanya lagi.

Dalam ucapannya juga, Abang Johari menegaskan bahawa pembangunan di Pekan Batu Tujuh telah dibawa oleh pimpinan Barisan Nasional.

“Kita telah bangunkan kawasan ini dan sekitarnya sehingga ada pusat beli-belah dan kini menjadi sebuah ‘kota’.

“Lebih menarik, kita telah bangunkan Kuching Sentral, dan kini sedang merancang pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah dengan kerjasama Air Asia,” tambahnya lagi.

Pada majlis yang sama, Abang Johari turut mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta, untuk menjadikan keseluruhan RM7 juta sebagai geran tahunan untuk membantu sekolah Cina di negeri ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM500 ribu untuk menukar bumbung SJK Sam Hap Hin selain berikrar meneruskan sokongan terhadap UEC. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news