Warga Kuching diminta bersabar, projek naik taraf perparitan bertujuan tangani insiden banjir kilat – Wee Hong Seng 0 5763

KUCHING: Pengguna jalan raya di sekitar bandar raya ini diminta bersabar dengan ketidakselesaan ketika proses pembinaan terowong saluran air ribut atau stormwater sedang berlangsung.

Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara, Datuk Wee Hong Seng berkata, projek naik taraf sistem saliran di sekitar Jalan Masjid, Jalan Market dan Lebuh Jawa itu merupakan projek fasa ketiga, yang bertujuan mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di bandar raya ini.

Projek ini bermula pada 18 Januari lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 17 Januari depan, dengan kos sebanyak RM7 juta.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) katanya, sentiasa memberikan perhatian terhadap masalah yang melanda penduduk di sekitar bandar raya ini, terutamanya yang berkait banjir kilat yang sering berlaku di kawasan pusat perniagaan.

“Oleh itu, pihak DBKU telah mengambil tindakan sewajarnya dengan merancang serta melaksanakan projek yang boleh memberi suasana kondusif kepada penduduk sekitarnya.

“Kita sedar masalah banjir kilat ini menyebabkan kehilangan pendapatan kerana perniagaan yang terjejas, kemusnahan infrastruktur dan barang-barang serta kemusnahan alam sekitar,” jelasnya ketika menghadiri taklimat mengenai kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan ini di sini, semalam.

Tambahnya, DBKU berharap, projek ini akan mendapat kerjasama semua pihak berkepentingan bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan.

“Kita telah meminta kontraktor untuk meletakkan hotline DBKU dan nombor telefon pegawai yang bertugas bagi memudahkan sebarang pertanyaan tentang pelaksanaan projek ini,”jelasnya. –Saarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news