Lelaki dijatuhkan hukuman penjara 80 tahun dan 24 kali sebatan kerana rogol anak sendiri di Padawan 0 5688

Kuching: Seorang Pekerja am bukan sahaja terpaksa meringkuk dalam penjara selama 80 tahun, malah dikenakan 24 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narissa Abang Ahmad, di Mahkamah Sesyen Petra Jaya, menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh berusia 40 tahun itu didapati bersalah melakukan perbuatan keji terbabit sebanyak empat kali dalam tempoh tiga tahun.

Bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan, tertuduh kepada empat anak itu dihukum penjara 20 tahun dan enam sebatan dengan hukuman berjalan berasingan berkuat kuasa

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bertindak merogol anak perempuannya ketika mangsa berusia 14 tahun di sebuah rumah di Padawan sejak Mac 2015.

Keputusan mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh dibuat berikutan tindakannya menjadikan mangsa sebagai pemuas nafsu selepas tertuduh bercerai dengan isterinya dengan perbuatan terkutuk berlaku ketika mangsa sedang tidur.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh licik membawa anak kandungnya ke farmasi bagi membeli pil pencegahan kehamilan dan sanggup memaksa mangsa menelan pil terbabit sebelum dirinya dirogol.

Perbuatan bapanya akhirnya terbongkar selepas mangsa mendedahkan perbuatan tertuduh kepada ibunya menerusi WeChat, sekali gus membawa kepada penangkapan tertuduh beberapa bulan lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-myMetro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news