Pasangan kekasih meringkuk dalam lokap kerana memiliki syabu RM89 di Kuching 0 6155

KUCHING: Sepasang kekasih, lelaki Melayu warga tempatan dan pasangannya, wanita Vietnam dicekup di sebuah hotel bajet di sini oleh sepasukan anggota polis pada Jumaat lalu, selepas didapati memiliki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tangkapan dilakukan di di Jalan Song Thian Cheok, setelah pasukan siasatan jenayah narkotik menerima maklumat yang mengaitkan mereka dengan dadah.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pada jam 11.40 pagi Jumaat lalu, sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching melakukan serbuan di hotel terbabit setelah melakukan intipan rapat.

“Kedua-duanya ditahan di dalam sebuah bilik di hotel tersebut dan pemeriksaan pada tubuh suspek lelaki gagal menjumpai.sebarang barang salah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bilik hotel pula kemudiannya menemukan paket plastik mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, dianggarkan seberat 0.32 gram.

Paket tersebut kata Abang Ahmad, ditemui terselit di bingkai pintu tandas bilik.

“Dadah yang juga barang kes ini kita rampas dan kedua-dua suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut.

Kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 12[2][a] dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM 89.00.

Saringan urin kedua-dua suspek juga didapati positif Methaphetamine manakala semakan rekod lampau menunjukkan kedua-duanya, tiada rekod jenayah, katanya lagi. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8393

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news