Jalan raya Kampung Tambirat putus 15 meter kerana hakisan ombak 0 6282

ASAJAYA: Empat sekeluarga terpaksa dipindahkan serta-merta sebentar tadi selepas kediaman mereka dalam kedudukan bahaya berikutan ancaman tanah runtuh di Kampung Tambirat dekat sini.

Dalam kejadian bermula 1.30 petang hingga jam 3.30 petang tadi, sebatang jalan berturap yang terletak di depan rumah-rumah keluarga terbabit, runtuh sepanjang 15 meter.

“Ia runtuh setinggi lima meter, terhumban ke dalam laut,” kata salah seorang mangsa, Mohd Jaya Mat.

Tiga lagi mangsa ialah Mahmud Mat, Abang Ismail dan Bujang Ebi.

Menurut Mohd Jaya lagi, perkara ini telah menjadi kebimbangan pihaknya bertahun-tahun.

“Saya memohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera, sebelum lebih banyak jalan dan rumah musnah, malah kehilangan jiwa berlaku akibat hakisan ombak ini,” katanya lagi.

Hakisan ombak merupakan bukan perkara baharu bagi penduduk Kampung Tambirat setiap kali musim tengkujuh.

Penghulu Kampung Tambirat, Tamel Mohamad berkata, insiden ini menyebabkan perhubungan di antara Kampung Tambirat Tengah dan Tambirat Hilir terputus.

“Kita akan berbincang dengan pihak kerajaan termasuk Adun Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang bagaimana untuk menangani insiden malang ini.

“Saya berterima kasih kepada agensi-agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia kerana segera bertindak.

“Mereka membantu keluarga-keluarga malang ini untuk berpindah segera.

Katanya, gangguan air dan elektrik juga kini sedang dalam prosea baik pulih, setelah tiang dan paip terlibat tumbang dan pecah.

Berdasarkan tinjauan sarawakvoice.com, kampung peisisir laut ini memerlukan benteng pemecah ombak yang panjang bagi mengekang insiden ini daripada berulang. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news