KUCHING: Seorang lelaki dijumpai mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Batu 11, Jalan Kuching-Serian petang semalam.
Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, mayat lelaki berusia 58 tahun yang mula mereput itu dijumpai oleh polis selepas menerima panggilan daripada jiran yang memaklumkan terhidu bau busuk dari kediaman tersebut.
Katanya, hasil bedah siasat ke atas mayat yang dijalankan hari ini di Hospital Umum Sarawak mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jerutan di leher akibat tergantung dan tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Difahamkan, mangsa yang tinggal seorang diri di rumah, mengalami masalah rumah tangga dan sedang dalam proses penceraian.
Selain itu, mangsa turut dikatakan mempunyai masalah tekanan jiwa dan menerima rawatan dari Hospital Sentosa,BatuΒ Tujuh.Β – Utusan BorneoΒ Online